11 August 2014
Orang yang saya paling kasihan buat masa sekarang adalah penyokong PKR.
Demonstrasi Bersih berguling-guling atas jalan, berpanas dan kena sembur air...memperjuangkan pilihanraya yang kononnya tak adil.
Tapi bila PKR buat pilihanraya...3 bulan masih tak sempurna lagi. Kecoh pasal rasuah, penipuan dan blackout. Bukan orang BN yang cakap tipu tetapi penyokong PKR sendiri yang cakap tipu.
Semua yang mereka tuduh kerajaan buat, rupanya mereka yang buat. Lepas itu Anwar Ibrahim suruh calon Kajang letak jawatan nak naikkan isterinya. Yang peliknya, Anwar Ibrahim cakap atas pentas cakap pasal kronisme.
Anwar, jawatan Ketua Umum. Jawatan Anwar tidak pernah dipertandingkan. Isteri, President parti. Anak perempuan, naib President. Semua ahli keluarga.
Ini bukan dipandang sebagai kronisme pulak oleh penyokong tegar Anwar. Sekarang Anwar nak masukkan isteri jadi MB Selangor.
Apa pengalaman Wan Azizah jadi MB Selangor..?
You kalau jumpa Zombie PKR, you tanya mereka kaedah Anwar memasukkan anak isteri dia dalam jawatan. Bukan melalui sistem yang betul.
Isterinya yang memang dirancang jadi MB melalui cara letak jawatan ADUN Kajang. Lepas itu, Anwar nak paksa Khalid letak jawatan nak masukkan isterinya.
Semua sistem-sistem dan undang-undang dilanggar pasal nak naikkan anak isteri. You tanya zombie-zombie PKR...kalau Anwar jadik PM... Dia akan letak jawatan ke kalau kalah..?
Nampak gaya dia nak jadik diktator macam President Marcos di Filipina tu. Kasihan betul tengok zombie-zombie PKR ni. Bukti dah depan mata tapi mereka membutakan mata.
Sekolah tinggi tapi masih tak boleh dan tak mahu berfikir. Sesetengah ade PHD pulak tu.
Tahu sebab apa..??
TAKSUB..!!!
Famie Shafie
08 August 2014
Umat Islam Bersatu Padu
Mengapa perkara jahat ini cuba dilakukan? Kerana di Malaysia, umat islam sebenarnya dilihat leh mereka sebagai kuat dan ini menakutkan mereka.
Maka, mereka beli beberapa orang Melayu untuk menghancurkan Bangsa Melayu dari dalam dengan niat memecah-belahkan umat islam.
Wahai kawan-kawan ku semua. Marilah kita memakmurkan masjid dan kuatkan pertalian persaudaraan kita demi Agama, Bangsa dan Negara.
Famie Shafie
06 August 2014
ANWAR IBRAHIM DI ARAH SENYAP OLEH YAHUDI TENTANG ISU PALESTIN???
Hentaman yang dibuat oleh para pemimpin pembangkang yang menuduh kerajaan dan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak menyokong Israel perlu dikembalikan kepada pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersabit isu kekejaman Israel ke atas Palestin.
Ini kerana, dunia mengetahui, Anwar pernah mengeluarkan kenyataan menyokong penuh Israel yang melakukan serangan terhadap negara Islam, Palestin dan membunuh umat Islam negara itu sebagai usaha mempertahankan keselamatan negara Zionis.
Dari sehari ke sehari, angka kematian umat Islam Palestin semakin meningkat dan keadaan ini benar-benar memberikan kesedihan dan kekecewaan yang mendalam kepada umat Islam di negara lain termasuk Malaysia. Ramai pemimpin negara lain meluahkan rasa kesal di atas tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan.
Malah, pemimpin-pemimpin Malaysia juga mengutuk tindakan Israel yang nyatanya memberikan sokongan supaya sifat kejam mereka dihentikan. Dalam isu ini, para pemimpin pembangkang sibuk mahukan pemimpin Islam di negara ini terutamanya dari barisan kerajaan agar lantang bersuara kepada dunia tidak memberikan sokongan kepada Israel. Persoalannya, dimanakah kedudukan pemimpin mereka, Anwar yang merupakan pemimpin Islam dalam isu Palestin ditindas oleh Israel?
Sejak berita dan laporan mengenai Palestin dibedil setiap hari, sehingga kini, Anwar masih lagi berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan sokongan kepada negara Palestin. Justeru itu, mengapakah pemimpin pembangkang tidak langsung menegur dan menggesa Anwar untuk berbuat demikian?
Anwar selama ini cukup terkenal sebagai individu yang bijak berbicara mengenai Islam apatah lagi bercerita mengenai kegemilangan zaman Islam. Tetapi, apabila isu Palestin, beliau hanya mendiamkan diri dan tidak menyokong mana-mana pemimpin Islam yang sebaris mengutuk Israel. Tidakkah ia menimbulkan rasa pelik mengenai isu ini.
Kerajaan sentiasa berfikiran telus untuk membantu negara Palestin dan sentiasa positif mewujudkan tabung bantuan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Ia termasuklah dari segi bantuan kewangan, makanan juga bantuan perubatan. Dilaporkan juga Biro Kebajikan UMNO akan bergerak ke Gaza pada esok hari dalam misi kemanusiaan membantu Palestin.
Untuk itu, dimanakah sumbangan para pemimpin pembangkang untuk membantu Palestin selain dari hanya pandai bercakap tetapi tidak ada sebarang tindakan dilakukan? Nampaknya, Anwar perlu 'dibasuh' oleh pemimpin-pemimpin dari parti pembangkan sendiri agar sedar mengenai isu Palestin.
Yang pasti, sebagai rakyat Malaysia yang masih lagi waras dan beriman kepada Tuhan yang satu, sama-samalah kita berdoa agar perjuangan umat Islam di Palestin akan terbela satu hari nanti. Sama ada ekonomi Israel tumbang ataupun tidak dengan boikot kita, itu bukanlah kayu ukurannya yang paling besar. Tetapi yakinlah bahawa usaha kita walaupun sedikit sudah pasti ada kebaikannya.
Famie Shafie
05 August 2014
DAP Kencing PAS
DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP di seluruh negara terhadap PAS.
DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam "Whatsapp AJK PAS Pusat" yang berbunyi;
"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB..Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini..."
Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah "analisis senario" kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.
1. AIR KENCING DAP PERTAMA KEPADA PAS:-
"Analisis" sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.
2. AIR KENCING DAP KEDUA KEPADA PAS:-
Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dan dihina dengan sekeras-kerasnya. Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi dan mana-mana pimpinan PAS supaya memahami analisa politik bahawa kemenangan kerusi-kerusi yang dimenangi PAS di Selangor adalah melalui sokongan kuat kaum Cina yg menyokong DAP.
3. AIR KENCING DAP KETIGA KEPADA PAS:-Pimpinan PAS tak perlu berlagak sombong atau bongkak kerana DAP memainkan peranan besar dalam PRU13 yang lepas. Kalau mengharapkan sokongan kaum Melayu semata amat mustahil untuk PAS menang 15 kerusi DUN di Selangor!
4. AIR KENCING DAP KEEMPAT KEPADA PAS:-
Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai "think tank" kepada PAS boleh "mengimaginasi" untuk "menjentik DAP, gereja dan non Muslim" apabila ada pandangan yang berbeza. Ke mana perginya sifat keterbukaan dan toleransi slogan "PAS for ALL"?
Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin PAS boleh "mengimaginasi" seperti UMNO untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari PERKASA?
Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip. Saya yakin majoriti pemimpin PAS Pusat bersama DAP dan amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.
DAP menyeru pimpinan PAS pusat supaya mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri daripada cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS. PAS juga perlu memecat Dr. Zuhdi bagi menghormati dasar kerjasama dengan DAP.
5. AIR KENCING DAP KELIMA KEPADA PAS:-Ingatlah bahawa DAP tidak memerlukan PAS sebaliknya PAS yang memerlukan DAP untuk mendapat undi kaum bukan Melayu.
Setiausaha Agung Organisasi
DAP Kebangsaan
LOKE SIEW FOOK
(Mewakili suara Lim Guan Eng & Lim Kit Siang, kerana LGE & LKS tidak membantah pun, buat make do no saja)
Famie Shafie
31 July 2014
12 July 2014
Mcdonalds
Para pelanggan McDonald's di Malaysia menyumbangkan 10% kepada McDonald's USA. 5% promotion fees & 5% royalti.
Ingat, 10% daripada gross sale, bukan profit.
McDonald's USA seterusnya menyumbang kepada Jewish United Fund, satu dana yang menyokong usaha ketenteraan Zionis Israel.
Ini berita tahun 2013.
Setiap bulan McDonald's Malaysia terima 12 juta orang pelanggan, bersamaan 400,000 orang sehari. 250+ outlet McDonald's di seluruh Malaysia. Andaikan setiap pelanggan ambil set paling murah,
McValue Meal @ RM 5.90
400,000 x RM 5.90 = RM 2,360,000 sehari gross sale. Maka jika sumbangan 10% daripada gross sale,
RM 2,360,000 x 10% = RM 236,000 sehari dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish United Fund.
Sebulan ?
RM 236,000 x 30 hari = RM 7,080,000 sebulan dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish
United Fund.
Setahun ?
RM 7,080,000 x 12 bulan = RM 84,960,000 setahun dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish
United Fund.
Ini baru sumbangan anda melalui
McDonald's.
Starbucks ?
Coca Cola ?
Danone ?
Nestle ?
Lagi, dan lagi, dan lagi...
Jadi, saya nak tanya, berapa RM yang anda mahu sumbang untuk Zionis ?
Berapa RM yang anda mahu sumbang untuk membeli peluru dan bom yang membunuh rakyat Palestin ? Kalau tak terasa apa-apa, I don't know what to say anymore.
I rest my case.
Teruskan makan, teruskan menyumbang... Untuk
zionis...
Sekian & terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca sampai habis.
PS : Feel free to tag yourself or to share or whatever.
#savepalestine #pray4gaza
09 July 2014
BRAZIL VS JERMAN - 1:7 - Goals & Highlight - World Cup 2014
Selepas mendahului 5-0 pada babak pertama, juara 1954, 1974 dan 1990 itu menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0, sebelum Oscar mengubat sedikit keaiban tuan rumah dengan gol saguhati pada minit terakhir.
Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing meledak dua gol, manakala tiga lagi jaringan Jerman diperoleh menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.
Jerman, yang mencari kejuaraan Piala Dunia pertama sejak 1990 kini akan menentang pemenang di antara Argentina atau Belanda, yang bakal berentap pada satu lagi separuh akhir, esok.
Brazil, yang turun dengan reputasi besar selaku juara lima kali terpaksa menanggung aib kalah besar di depan penyokong sendiri dan hanya menunggu lawan untuk ditentang bagi penentuan tempat ketiga. - AGENSI
Famie Shafie
05 July 2014
Kenyataan Media @TengkuAdnanReal Jawab Isu Pengemis
KENYATAAN MEDIA
YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
"KERAJAAN SERIUS TANGANI MASALAH PENGEMIS DAN GELANDANGAN DI KUALA LUMPUR"
Merujuk kepada masalah gelandangan dan pengemis yang masih berterusan di ibukota Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menjelaskan beberapa perkara iaitu:
Masalah gelandangan telah menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi-lokasi tumpuan pengunjung/pelancong. Mereka tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit.
Manakala golongan pengemis pula kebanyakannya meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan, tepi-tepi jalan dan sebagainya. Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbang kepada masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai masalah lain seperti sosial; keselamatan; menjejaskan imej Kuala Lumpur dengan pandangan kurang elok jika dilihat oleh pelancong. Menurut siasatan oleh pihak berkuasa, didapati terdapat sindiket yang beroperasi membawa golongan ini untuk mengemis di ibukota terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Mengemis juga seolah-olah telah dijadikan sebagai satu kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan. Malah, terdapat diantara pengemis yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa menginap di hotel-hotel berdekatan dengan tempat mereka mengemis;
Bagi tahun 2013, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkut sejumlah 965 orang gelandangan dan didapati 125 orang daripada mereka adalah pendatang asing . Pada tahun 2014 (sehingga Mei) sejumlah 117 orang gelandangan telah berjaya diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dan didapati 21 orang daripada mereka adalah pendatang asing.
Masalah gelandangan ini menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai
kumpulan masing-masing yang menguasai kawasan tertentu. Masalah timbul apabila mereka berebut kawasan dan berlaku pergaduhan diantara mereka;
Antara faktor yang menyumbang kepada masalah gelandangan ialah tiada pekerjaan, miskin, masalah mental/kemurungan,/penyakit melarat, warga asing tiada pekerjaan, ketidakupayaan mengurus diri, ditinggalkan keluarga serta penagihan dadah/arak/bekas banduan dan warga emas.
Kawasan "Hot Spot" masalah gelandangan di Kuala Lumpur ialah Mydin Kotaraya; Masjid Negara; Central Market; Menara Maybank; Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Tiong Nam (Chow Kit), Jalan Silang, Masjid Jamek, Bank Negara, Bulatan Sultan Mohamad dan Dataran Merdeka.
Antara pendekatan strategik yang akan dilaksanakan bagi menangani masalah gelandangan ialah Pelaksanaan Zon Sifar Gelandangan iaitu 2.0 KM Radius bermula daripada Simpang Empat Lot 10. Pemilihan kawasan ini adalah berasaskan kepada aspek tumpuan pelancong, kawasan perniagaan dan berada di pusat Bandar Kuala Lumpur.
Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di kawasan ini dengan mengenakan denda dan bayar serta merta (terhadap mereka yang memberi makanan dan derma) serta melaksanakan proses "pungutan" terhadap gelandangan dan pengemis yang berada di kawasan berkenaan.
Pihak DBKL juga akan melaksanaan Perundangan Di bawah PBT di mana penggubalan undang-undang kecil akan dilaksanakan yang memberi kuasa kepada pihak DBKL untuk mengangkut golongan gelandangan dan pengemis yang berada di 2.0 km radius dan menyerahkan kepada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya seperti PDRM, Imigeresen; Jabatan Kebajikan Masyarakat; AADK dan pihak-pihak lain yang berkenaan.
Di samping itu, Kementerian Wilayah Persekutuan akan bekerjasama rapat dengan Agensi Kerajaan yang lain serta NGO-NGO yang berkaitan secara bersepadu bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan masalah ini dapat ditangani secara berkesan.
Sehingga kini, pihak DBKL telah mengenalpasti 12 NGO yang aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan in
i mengikut hari dan waktu serta lokasi popular pengagihan makanan seperti Pasar Seni; Dataran Kota Raya; Stesen Bas Klang, Masjid India; Masjid Negara; Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee; Kota Raya; Pudu Sentral; dan Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu.
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO terbabit dapat meneruskan aktiviti sukarelawan serta menderma makanan kepada golongan ini. Usaha ini juga mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul akibat pembuangan sampah oleh golongan berkenaan. Pemilihan lokasi ini juga akan mengambil kira daripada aspek kesampaian yang mudah kepada golongan gelandangan ini.
KWP bersama dengan DBKL akan mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan ini iaitu dengan menyediakan bangunan seperti konsep "Anjung Singgah" yang akan menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan seperti:
Menyediakan makanan yang berkhasiat secara percuma dan pihak NGO juga dialu-alukan untuk menyumbang makanan di pusat pengumpulan golongan tersebut;
Menyediakan tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada golongan ini; Menyediakan pusat rawatan kesihatan bagi memastikan tiada masalah penyakit berjangkit akan tersebar oleh golongan ini;
Menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk maklumat diri, waris dan sebagainya;
Menyediakan kemudahan riadah, mendobi pakaian dan sebagainya untuk kesihatan dan kekemasan diri; dan
Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan membantu mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.
Justeru, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan, sebaliknya tindakan tersebut adalah bagi membantu golongan gelandangan dan pengemis ini dengan kehidupan yang lebih baik dan sempurna melalui perkhidmatan yang disediakan di 'Anjung Singgah'.
Usaha-usaha yang dilaksanakan ini juga adalah bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara serta aktiviti-aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras.
Saya menghargai segala usaha murni yang dilaksanakan oleh NGO-NGO yang terlibat dan Ketua Setiauasaha Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan bersama dengan NGO-NGO ini pada hari Selasa (8 Julai 2014) bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan-bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
Sekian, terima kasih.
TENGKU ADNAN BIN TENGKU ADNAN
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya
Tel: 03-8889 7888 Faks: 03-8889 7957
Laman web: www.kwp.gov.my
23 February 2014
MCA DECIDED TO TAKE GOVERNMENT POST
If the Government allows this and they probably will, is just because Liow Tiong Lai has been a good minister previously. This is what we call "giving face" to the leader.
#GoNorthport WHARF 8A OPENING ON 24TH OF FEBRUARY 2014
I asked a friend of mine working in shipping business, what is TEUs? he said TEU is an abbreviation of Twenty-foot Equivalent Unit. Why do we care? we care because the shipping industry is important to us whether we know it or not. Let me explain about this important chain of services.