31 July 2014

Jemputan ke Rumah Terbuka YB Datuk Aziz Kaprawi

YB Datuk Aziz Kaprawi menjemput anda semua hadir ke rumah terbuka beliau di Parlimen Sri Gading.

12 July 2014

Mcdonalds

Tahukah Anda?

Para pelanggan McDonald's di Malaysia menyumbangkan 10% kepada McDonald's USA. 5% promotion fees & 5% royalti.

Ingat, 10% daripada gross sale, bukan profit.
McDonald's USA seterusnya menyumbang kepada Jewish United Fund, satu dana yang menyokong usaha ketenteraan Zionis Israel.

Ini berita tahun 2013.
Setiap bulan McDonald's Malaysia terima 12 juta orang pelanggan, bersamaan 400,000 orang sehari. 250+ outlet McDonald's di seluruh Malaysia. Andaikan setiap pelanggan ambil set paling murah,

McValue Meal @ RM 5.90
400,000 x RM 5.90 = RM 2,360,000 sehari gross sale. Maka jika sumbangan 10% daripada gross sale,

RM 2,360,000 x 10% = RM 236,000 sehari dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish United Fund.

Sebulan ?
RM 236,000 x 30 hari = RM 7,080,000 sebulan dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish
United Fund.

Setahun ?
RM 7,080,000 x 12 bulan = RM 84,960,000 setahun dihantar untuk McDonald's USA, dan seterusnya kepada Jewish
United Fund.

Ini baru sumbangan anda melalui

McDonald's.
Starbucks ?
Coca Cola ?
Danone ?
Nestle ?
Lagi, dan lagi, dan lagi...

Jadi, saya nak tanya, berapa RM yang anda mahu sumbang untuk Zionis ?
Berapa RM yang anda mahu sumbang untuk membeli peluru dan bom yang membunuh rakyat Palestin ? Kalau tak terasa apa-apa, I don't know what to say anymore.

I rest my case.
Teruskan makan, teruskan menyumbang... Untuk
zionis...
Sekian & terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca sampai habis.

PS : Feel free to tag yourself or to share or whatever.

#savepalestine #pray4gaza

09 July 2014

BRAZIL VS JERMAN - 1:7 - Goals & Highlight - World Cup 2014

BELO HORIZONTE, Brazil 9 Julai - Jerman melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali kelapan selepas membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir yang amat mengejutkan seluruh peminat bola sepak dunia, sebentar tadi.

Selepas mendahului 5-0 pada babak pertama, juara 1954, 1974 dan 1990 itu menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0, sebelum Oscar mengubat sedikit keaiban tuan rumah dengan gol saguhati pada minit terakhir.

Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing meledak dua gol, manakala tiga lagi jaringan Jerman diperoleh menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.

Jerman, yang mencari kejuaraan Piala Dunia pertama sejak 1990 kini akan menentang pemenang di antara Argentina atau Belanda, yang bakal berentap pada satu lagi separuh akhir, esok.

Brazil, yang turun dengan reputasi besar selaku juara lima kali terpaksa menanggung aib kalah besar di depan penyokong sendiri dan hanya menunggu lawan untuk ditentang bagi penentuan tempat ketiga. - AGENSI
Famie Shafie

05 July 2014

Kenyataan Media @TengkuAdnanReal Jawab Isu Pengemis

Posted: 03 Jul 2014 11:30 PM PDT
KENYATAAN MEDIA

YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
"KERAJAAN SERIUS TANGANI MASALAH PENGEMIS DAN GELANDANGAN DI KUALA LUMPUR"

Merujuk kepada masalah gelandangan dan pengemis yang masih berterusan di ibukota Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menjelaskan beberapa perkara iaitu:

Masalah gelandangan telah menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi-lokasi tumpuan pengunjung/pelancong. Mereka tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit.

Manakala golongan pengemis pula kebanyakannya meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan, tepi-tepi jalan dan sebagainya. Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbang kepada masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai masalah lain seperti sosial; keselamatan; menjejaskan imej Kuala Lumpur dengan pandangan kurang elok jika dilihat oleh pelancong. Menurut siasatan oleh pihak berkuasa, didapati terdapat sindiket yang beroperasi membawa golongan ini untuk mengemis di ibukota terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Mengemis juga seolah-olah telah dijadikan sebagai satu kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan. Malah, terdapat diantara pengemis yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa menginap di hotel-hotel berdekatan dengan tempat mereka mengemis;

Bagi tahun 2013, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkut sejumlah 965 orang gelandangan dan didapati 125 orang daripada mereka adalah pendatang asing . Pada tahun 2014 (sehingga Mei) sejumlah 117 orang gelandangan telah berjaya diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dan didapati 21 orang daripada mereka adalah pendatang asing.

Masalah gelandangan ini menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai
kumpulan masing-masing yang menguasai kawasan tertentu. Masalah timbul apabila mereka berebut kawasan dan berlaku pergaduhan diantara mereka;

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah gelandangan ialah tiada pekerjaan, miskin, masalah mental/kemurungan,/penyakit melarat, warga asing tiada pekerjaan, ketidakupayaan mengurus diri, ditinggalkan keluarga serta penagihan dadah/arak/bekas banduan dan warga emas.

Kawasan "Hot Spot" masalah gelandangan di Kuala Lumpur ialah Mydin Kotaraya; Masjid Negara; Central Market; Menara Maybank; Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Tiong Nam (Chow Kit), Jalan Silang, Masjid Jamek, Bank Negara, Bulatan Sultan Mohamad dan Dataran Merdeka.
Antara pendekatan strategik yang akan dilaksanakan bagi menangani masalah gelandangan ialah Pelaksanaan Zon Sifar Gelandangan iaitu 2.0 KM Radius bermula daripada Simpang Empat Lot 10. Pemilihan kawasan ini adalah berasaskan kepada aspek tumpuan pelancong, kawasan perniagaan dan berada di pusat Bandar Kuala Lumpur.

Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di kawasan ini dengan mengenakan denda dan bayar serta merta (terhadap mereka yang memberi makanan dan derma) serta melaksanakan proses "pungutan" terhadap gelandangan dan pengemis yang berada di kawasan berkenaan.

Pihak DBKL juga akan melaksanaan Perundangan Di bawah PBT di mana penggubalan undang-undang kecil akan dilaksanakan yang memberi kuasa kepada pihak DBKL untuk mengangkut golongan gelandangan dan pengemis yang berada di 2.0 km radius dan menyerahkan kepada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya seperti PDRM, Imigeresen; Jabatan Kebajikan Masyarakat; AADK dan pihak-pihak lain yang berkenaan.

Di samping itu, Kementerian Wilayah Persekutuan akan bekerjasama rapat dengan Agensi Kerajaan yang lain serta NGO-NGO yang berkaitan secara bersepadu bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan masalah ini dapat ditangani secara berkesan.

Sehingga kini, pihak DBKL telah mengenalpasti 12 NGO yang aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan in
i mengikut hari dan waktu serta lokasi popular pengagihan makanan seperti Pasar Seni; Dataran Kota Raya; Stesen Bas Klang, Masjid India; Masjid Negara; Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee; Kota Raya; Pudu Sentral; dan Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO terbabit dapat meneruskan aktiviti sukarelawan serta menderma makanan kepada golongan ini. Usaha ini juga mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul akibat pembuangan sampah oleh golongan berkenaan. Pemilihan lokasi ini juga akan mengambil kira daripada aspek kesampaian yang mudah kepada golongan gelandangan ini.

KWP bersama dengan DBKL akan mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan ini iaitu dengan menyediakan bangunan seperti konsep "Anjung Singgah" yang akan menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan seperti:

Menyediakan makanan yang berkhasiat secara percuma dan pihak NGO juga dialu-alukan untuk menyumbang makanan di pusat pengumpulan golongan tersebut;

Menyediakan tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada golongan ini; Menyediakan pusat rawatan kesihatan bagi memastikan tiada masalah penyakit berjangkit akan tersebar oleh golongan ini;

Menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk maklumat diri, waris dan sebagainya;

Menyediakan kemudahan riadah, mendobi pakaian dan sebagainya untuk kesihatan dan kekemasan diri; dan

Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan membantu mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

Justeru, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan, sebaliknya tindakan tersebut adalah bagi membantu golongan gelandangan dan pengemis ini dengan kehidupan yang lebih baik dan sempurna melalui perkhidmatan yang disediakan di 'Anjung Singgah'.

Usaha-usaha yang dilaksanakan ini juga adalah bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara serta aktiviti-aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras.

Saya menghargai segala usaha murni yang dilaksanakan oleh NGO-NGO yang terlibat dan Ketua Setiauasaha Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan bersama dengan NGO-NGO ini pada hari Selasa (8 Julai 2014) bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan-bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Sekian, terima kasih.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU ADNAN

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya
Tel: 03-8889 7888 Faks: 03-8889 7957
Laman web: www.kwp.gov.my