SELAYANG, 2hb April 2010 - Seorang penghibur tanah air yang dikenali dengan nama "Din Beramboi" telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12:30 tengah malam tadi di Hospital Selayang. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong pada awal pagi ini dengan iringan kawan-kawan dan sahabat handai serta ahli keluarga yang tersayang.
Sepanjang doa dibacakan, kawasan perkuburan dibanjiri oleh orang ramai yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang terdiri daripada artis-artis tempatan, pemberita, rakan sekerja dan peminat-peminat.
Bapa kepada Din Beramboi, Haji Meor Badri Meor Idris mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak media kerana banyak memberi sokongan sepanjang karier anaknya dalam dunia hiburan dan menaikkan nama Allahyarham sebagai penghibur yang terkenal. Bila diajukan soalan mengenai sakit yang dialami oleh anaknya, Din hanya mengadu demam dan lemah dan kita hanya tahu mengenai "kencing Tikus" itu apabila dibawa ke hospital, katanya.
Bapa kepada Allahyarham Din sedang ditemuramah
Antara artis dan juga rakan sekerja yang paling hampir kepada keluarga Allahyarham adalah pengacara popular Aznil Haji Nawawi yang jelasnya tidak dapat menahan sebak yang melanda hatinya. Aznil menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang cekal dan rajin bekerja dan tidak memilih malah pernah menjual pisang goreng untuk mencari rezeki.
Aznil semasa diajukan beberapa soalan mengenai
persahabatannya dengan Allahyarham
persahabatannya dengan Allahyarham
Semasa awal-awal Allahyarham menceburi bidang penghibur ini, Allahyarham hanya terlibat dalam sketsa-sketsa sampingan semasa waktu rehat dalam acara-acara dan majlis-majlis rasmi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, dengan kerjasama Aznil dan rakan-rakan yang lain peranan Allahyarham diperluaskan hinggalah kariernya sampai ke tahap kemuncak.
Berdekatan dengan Aznil adalah Azwan Ali
yang turut sama mendoakan untuk Allahyarham
yang turut sama mendoakan untuk Allahyarham
Tambah Aznil lagi, Allahyarham seorang yang baik hati dan pemurah, suka berbelanja untuk membahagiakan hati orang-orang disekelilingnya dan sentiasa dalam mood yang ceria dan percaya bahawa muram dan bersedih tidak akan menyelesaikan masalah yang sentiasa hadir dalam kehidupan seharian.
Apabila ditanya samada adakah Din Beramboi punyai pesaing yang setaraf, "Dia berada dalam liga dia sendiri" kata Aznil.
Ditengah-tengah, isteri dan anak sulung Allahyarham
yang bersedih dengan kehilangannya
yang bersedih dengan kehilangannya
Selepas upacara menjirus air dipusara, anak sulung
ditenangkan oleh ahli-ahli keluarga dan sahabat handai.
ditenangkan oleh ahli-ahli keluarga dan sahabat handai.
Turut sama memberikan pujian mengenai sifat-sifat baik Allahyarham adalah Datuk Farid dan Afdlin Shauki.
No comments:
Post a Comment
Be alive and speak up... your comments will not be filtered.