31 March 2010

Menteri Belia dan Sukan Merasmikan Pembukaan Gym Rakyat

26hb Mac 2010, Kuala Lumpur - Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sedang melihat aksi seorang pengamal hidup sihat menggunakan peralatan senaman di Gymnasium Rakyat di Kompleks Sukan Kg. Pandan selepas merasmikan pembukaan semula gymnasium tersebut yang telah dinaiktaraf fasilitinya.


Gymnasium tersebut telah menelan belanja sebanyak RM700 ribu ringgit untuk menyediakan ruang yang lebih luas dengan peralatan baru dan mencukupi untuk menyediakan perkhidmatan yang memuaskan kepada para pengunjung.

Golongan ibu-ibu juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama
menjayakan program ini, semestinya penglibatan mereka memberi inspirasi
kepada masyarakat setempat untuk mengamalkan trend hidup sihat.

Antara belia-belia yang mengikuti program "Tiada Alasan" untuk tidak cergas
memberi pose yang menarik sementara menunggu ketibaan Menteri Belia dan Sukan

Bayaran sekali masuk serendah RM2 ringgit dikenakan kepada pengunjung dan Gymnasium tersebut dibuka dari jam 8 pagi hingga 9 malam setiap hari. Datuk Shabery Cheek mengulas bahawa bayaran minima ini akan digunakan oleh pihak pengurusan gym untuk menanggung sebahagian daripada perbelanjaan untuk kos penyelenggaraan.

1 comment:

  1. tgk muke & baju tau macam kena kerah datang. hehe

    ReplyDelete

Be alive and speak up... your comments will not be filtered.